Friday, August 14, 2009

kesah kelas kete 4.

Hmmm....

Ucapkan takziah pada aku yang gagal test kete ari ni. Walaupun aku dah berjaya lulus gak sebahagian, tapi aku sangat tidak berpuas hati pada ketika ini. (juga ketika beberapa jam yang lalu). Tidak puas hati tu, bukan berpunca daripada kegagalan test aku ari ni, tapi muncul dari sebab kegagalan aku.

Kesahnya, sepanjang tunggu turn buat test jalanraya (da lulus litar), aku dah doa banyak-banyak. Jangan la abang JPJ tu suruh aku bawak kete kat jalan B. Antara alternatif len selain jalan A. (padahal ada dua jalan tu je pun).

Sket punya bagus dan konfidennya aku bawak kete, tetiba abang JPJ yang separuh encem tapi kurang tinggi tu cakap. Ngan suara seksi ayu, "lalu jalan B ek..". Ala..aku da stat cuak. Abis la aku kali ni. Dah terbayang-bayang kad merah kat depan mata.

Tapi takpe. Kata melayu, pantang berundur sebelum kalah. Aku ngan gaya buat-buat tenang tu teruskan jugak perjuangan aku kat jalan B yang ber tutttt tu. At first, aku dapat rasakan, aku sangat cemerlang. Cheh!! perasan plak . Tapi betul..aku cemerlang. (nak jugak).

Cuma apa yang aku jangka, trafik light atas bukit tu betul-betul merubah nasib aku ari ni. Ditemani lori-lori yang bersepahan, aku gagahkan gak kaki tekan clutch ngan tangan tarik hand brek. Lam hati plak tak abis-abis berdoa.

Apakan daya nasib malang aku, elok-elok lampu hijau, aku nak gerak.. tetiba kete mati enjin plak. Alamak. Aku pandang abang JPJ sebelah. Tapi cam dia bagi can try lagi skali. Ok, aku idupkan enjin. Tetiba ada plak kete s*** kat blakang bagi hon.

Hello!!! aku pemandu yang sedang di uji kot. Ngan cepat jek hati tergelabah bila dengar hon tu. Dan untuk kedua kalinya, mati lagi enjin kete aku. Adus!!! Dugaan apakah ini?? Abang JPJ ngan muka tak bersalah dan tanpa ragu-ragu lagi cakap kat aku. "turun. Da takleh dah".

Wargh!!! Hati aku saat tu..............

Sampai kat AMSA, aku tetap sabar melangkah ke bawah pondok. Mungkin nasib aku hari ni, tak dapat lulus. Cuma aku kurang puas hati sebab :

a ) Aku jek kot yang lalu jalan B.
b ) Sket lagi aku nak sampai kat AMSA. Lima minit pun tak sampai.
c ) Kalu kira kesalahan sebelum trafik f*** tu, 2 je kot!!!!

Dan dengan penuh kepasrahan lagi, aku kena bebel ngan abang cikgu plak. Tergambar la kat wajah kurus cekung tu, riak kecewa. Abang, sekecewa mana abang skang, saya lagi kecewa. Tambah plak, da sorang junior yang test sama-sama ngan aku tadi cakap. " kalu kak sa lalu jalan A tadi, mesti lulus kan??".

Wah!! aku konfiden, mesti dapat A++ punya. Gerenti duit Farid ngan Farizul terbang sebab kena belanja aku kat karoke. Tapi sayang, semua tu dalam mimpi jek. Kesah kete yang seterusnya masih akan bersambung.

Till test lagi 28 ogos.....

p/s: Tanks abang JPJ.. awak da betul-betul susahkan saya. Hmmmm.....

0 comments:

Post a Comment