Tiba-tiba mula tersedar. Dah jauh aku pergi. Dah banyak aku tinggal kat belakang. Dan mungkin dah banyak yang terluka. Semua kerana aku. Terlalu obses mengejar bahagia sendiri. Hingga sejauh ini.
Tak mungkin aku dapat pusing, balik ke tempat sebelum aku bermula dulu. Tak mungkin juga aku dapat gantikan balik kesedihan yang aku ciptakan dengan kegembiraan. Semuanya dah terjadi, tak mungkin mampu dipadam. Apa yang mampu aku lakukan??? Kalau ada sedikit keberanian, mungkin berani untuk kehilangan, pasti aku sudah kembali. Walau semua takkan sama seperti dulu lagi. Kalau juga ada keberanian itu, tak mungkin aku mengharap untuk segalanya adalah mimpi. Agar aku tersedar esoknya, semua masih sama. Tapi hakikat, bukan itu. Bukan, ia bukan hanya mimpi. Ini adalah kenyataan.
Sebenarnya, aku masih ingin mengejar. Mengejar untuk selalu disisi. Tapi semakin lama, semakin rindu aku kepada yang tertinggal. Aku mengejar sebuah senyuman, dan aku kehilangan berpuluh-puluh senyuman lain. Aku mengejar sebuah kerinduan, dan aku rindu pada berjuta pelukan. Juga aku mengejar sebuah cinta. Tapi aku berharap, agar aku tidak kehilangan cinta itu. Tidak juga kehilangan cinta-cinta lain. Tidak pada saat ini. Hanya hingga aku benar-benar akan kembali. Kembali ke sisi yang ditinggalkan.
Tapi mampukah aku??Kembali ke sisi yang ditinggalkan, lalu meninggalkan apa yang sekian lama aku kejarkan?? Apa akan samakah segalanya. Sama seperti yang aku harapkan? Sama seperti yang aku selalu impikan?? Nah..aku mula keliru. Aku ingin disini. Juga ingin disana. Menyayangi dia, juga menyayangi mereka. Tapi yang manakah adalah mimpi?? Dan yang manakah nyata??Bisu. Aku hilang arah. Makin sesat. Makin tersasar.
Yang aku nantikan adalah harapan. Adalah impian. Apa yang aku tinggalkan adalah kenyataan. Adalah suratan. Dan segalanya adalah kehidupan. Boleh ke aku berlari mengejar harapan, sambil tangan menggendong kenyataan? Agar hidup aku tak mungkin kehilangan, tak mungkin kesepian. Seperti aku sekarang. Aku yang masih ditengah-tengah. Antara nyata dan cita. Antara mereka dan cinta.
Monday, October 4, 2010
Friday, August 28, 2009
kesah kelas kete 5...
Belom boleh cite banyak sangat sebab skang tengah berinternet menggunakan broadband di rumah 'Kampung Melayu Subang'..plus bateri laptop dah nak empty..plus lagi seme orang dah tido dan aku mula mengantuk buat-buat. (tak suka melanguk sorang-sorang).
Cuma nak curi beberapa saat untuk bagi informasen ringkas.
I PASS THE TEST!!!
Ya. Seperti yang anda baca di atas, adalah benar perkara yang dirujuk tersebut. Sesungguhnya saya telah lulus test kete setelah merepeat test untuk jalan raya. Kalu terasa blur ngan cerita ujian pertama, sila rujuk entry sebelum yek??
Buat masa skang, hanya ini yang boleh saya katakan. For dat, till meet again..ya???
Daaaaa.....
p/s: Cerita kete akan kuar pas da balik UKM.

Saturday, August 22, 2009
Bulan Ramadhan..
Ramadhan menjelma lagi. Dan tahun ni, aku harapkan ramadhan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
Pose sorang-sorang, bukak pose yang tak tentu makan, mengingatkan aku pada rindu..rindu ngan suasana bukak pose kat rumah. Macam la tak pernah pose jauh-jauh. Tapi still, tahun yang ke tiga pose sorang-sorang ni, buatkan aku makin terharu.
Apa la agaknya yang mak aku masak skang ni untuk bukak pose jap lagi. Terbayang la kuih-kuih sedap, ngan lauk peberet aku, plus air satu jug besar, ngan muka tak sabar kitorang (kalu aku tengah menghadap makanan tu gak skang ni ), sambil mengeluh..lambatnya azan. Dan time tu, kalu azan pukul 7.20, kul 6.30 aku dah melanguk kat meja makan.
Terbayang jugak mak aku ngan gaya mem besarnya marah kat kitorang. Belum tambah part huru-hara mak aku masak nak penuhi nafsu makan melampau kitorang pulak. Maklum la..pose hari pertama katakan.. Lapar tahap sepuluh hari tak makan la gayanya. hehe..
Sebelum masuk sem baru beberapa bulan lepas, teringat plak camne aku sound ayah aku time berborak ramai-ramai ngan pameli. Membebel sebab tiap kali pose, kitorang susah sangat nak dapat bukak skali ngan ayah aku. Asyik bukak pose kat masjid jek. Yela..bukan salah ayah aku pun. Dah tugas dia jadi tukang azan, terpaksa gak la kitorang terima hakikat tu.
Tapi, tahun ni ayah aku dah janji, dia akan cuba gak luang waktu mahal dia tu untuk bukak pose ngan kitorang.. Sonok. Tapi, aku kat sini plak.. Cmne nak bukak skali. Sedey....
Dah-dah.. enough ngan cite sedey poyo aku ni. Apa pun, harap bulan Ramadhan tahun ni akan jadi yang terbaik untuk seme orang.. Sama-sama kita berbuat amal yang sempurna sebagai bekalan di hari kemenangan. SEbulan jek lagi..
Chaiyok2!!!!

Thursday, August 20, 2009
Bermesra di khalayak umum..
Sonok berkeliaran ngan kengkawan kat 'digi' time pesta konvo UKM ke- 37 baru-baru ni. Terpaksa jadi ninja sebab keadaan skarang tak terlalu mengizinkan untuk berada di khalayak umum. Da berkeliaran sampai petang yang panas terik, inilah hasil yang di dapati. Tapi xbanyak gambar sebab separuh terpaksa di 'edit'. So, Cekik out!!!!

Jari hitammu di jemariku...Adik..tolong jangan raba I..
tut..tut..adegan terpaksa ditapis sebab wujud unsur NO3.

Suparmask menggegar 'digi'..Eh eh..abang mana kat belakang tu.
Encem pulak. Hihihi...

Des si gadis trek di kejauhan .."wargh!! panas pulak". kata Des di dalam hati.
Muka penuh berdusta jek.

Sape lagi cun ?? Pompuan tak kira..Haha..korang masuk tb.
(aku masuk gak, saje nak api-api korang..tp padan muka aku gak)

Saturday, August 15, 2009
Dalam hati ada taman..
Memetik ayat plus kata-kata sorang kawan yang baru beberapa minggu aku kenal, 'dalam hati ada taman'. Dan dengan bangganya, kata-kata ni ditujukan pada diri kawan aku tu sendiri.
Kesahnya, aku terbukak handphone baru dia yang baru borong kat mudah.com.my (tapi dah nak tolak ngan harga RM 450.00 sebab besar sangat. Berat nak bawak katanya.),tetiba ternampak plak dalam list real player kawan aku tu. Lagu bicara manis menghiris kalbu dendangan Siti Nurhaliza.
Apa lagi, dengan mulut takda insurans dan tak agaknya, aku sound la dia laju-laju. "Ait..muka cam pecah umah. Tapi layan plak lagu Siti ". Dan jawapan seperti yang tertera di atas la yang telah menjadi santapan telingaku pada petang yang berudara haba itu.
Huhu..dan sekarang plak, aku dengan muka tak malu nak pinjam kejap ayat cam best dia tu, untuk kegunaan peribadi diri aku sendiri. Dah bosan la orang asyik takut nak tegur aku. Alasan plak sangat penuh ngan selera hingga menjilat kepala lutut. Ada ke patut cakap takut nak tegur sebab tengok aku cam sombong.
Hello!!! Aku tak sombong k. Yela.. ada la sombong sket. Tapi jangan la suka-suka plak judge aku by tengok luaran jek. K la.. memang la kadang-kadang nampak luar dalam cam sama jek. Mulut longkang! Tapi xde la sampai tahap teruk pun.
Penat aku nak xplain kat korang kan ?? Aku tak sombong..diulangi, tak sombong.
Maybe la muka aku cam annoying sket (huhu..banyak kot), tapi tengok la member-member aku, sihat je kawan ngan aku.
So korang, aku ringkaskan cita sebab susah sangat nak xplain skang ni.. Betul aku cakap. Aku tak sombong. Mak aku memang lahirkan aku ngan raut muka cam ni (ikut ayah kot), so aku terima je la. Alhamdulillah..
Tapi bak kata kawan aku si Anu tu, 'dalam hati ada taman...' dan taman aku plak, ada buai, umah agam warna putih..hias ngan bunga warna warni kat keliling.. plus ada angsa ngan arnab bergurau senda. Cantik what ?? (-_-")
p/s : kolam ada gak, ngan anak-anak ikan maen kejar-kejar.

Friday, August 14, 2009
korang yang ku sayang.
Berganda kecewa duka...
Bila orang yang kita harapkan untuk bersama..
sebenarnya tak mampu bersama.
Seluruh rasa hati seolah tercampak luka.
Mana hilang janji.. Mana dibuang cinta..
Hanya tinggal aku di sini.
Sendiri...

Subscribe to:
Posts (Atom)