Tuesday, August 11, 2009

Kesah kelas kete 3.

Hari-hari terakhir aku sebagai pemandu yang sedang di uji. Apa eak gelaran yang sesuai untuk aku skang ni agak-agaknye?? Ntah la.. Aku sendiri kurang pasti dan tak pulak rajin- rajin gi check. Yang aku tau, ini hari-hari terakhirku di sini.

Kesahnya, hari ni dah sangat maju dijalan raya yang penuh onak dan berjuta liku tu. Walaupun masih gak ada perkara silap dan salah yang aku buat dan memerlukan aku memohon maaf pada abang cikgu, tapi bukan satu atau dua perkara yang penting sangat pun. Diulangi, tak penting sangat pun.

Tapi, hari-hari terakhirku di litar AMSA tak sebaik dan seindah hari-hari sebelumnya. Aku cam blur-blur plak ngan segala tindak-tanduk aku sendiri. Camna kete tetiba leh mati enjin kat depan kotak parking.. Plus masuk tiga penjuru terlalu ke kanan.. plus Asyik lupa nak turunkan brek tangan. Seme tu benda-benda yang wajar serta mampu buat aku gagal. Dengan selambanya.

Aku kurang pasti, apa yang melanda hati kecik dan hati besar aku hari ni. Adakah exam yang bakal tiba buat aku jadi secemas ni?? Bernafas dalam suasana sesak, berlagu dalam nada esak. Aku sendiri masih kurang pasti dan tak plak mampu meneliti.

Abang cikgu juga bilang, aku perlu berhati-hati. Jangan sampai jumpa dia lagi. Repeat, plus tambah la money. Itu yang aku tak nak. Sekeping not 50 ibarat seguni peluh petani. Nilai yang penuh beerti.

So sempat gak aku memohon pada abang cikgu yang di hormati. Tolong la doakan kejayaanku ini. Aku janji akan cuba yang terdaya hati. Harap abang cikgu masih sudi mendidik hingga kelas yang terakhir. Hari khamis ni.

Sudi ye abang cikgu??
Saya betul- betul ingin berjaya. Taknak jumpa abang cikgu lagi. Sekurang-kurangnya bukan la dalam keadaan seperti ini.

p/s : DES, buat exam elok-elok 28 ni..sama- sama la kita kumpul duit beli Estima.

1 comments:

Anonymous said...

bereh....
chay0k2 utk kite b2...

Post a Comment